Google Search

Custom Search

Wednesday, June 11, 2008





Friday, June 6, 2008

Perjuangan terus membara...





Semangat dan terus berusaha...





Falsafah Kejayaan

Falsafah kejayaan sangat mudah; sesiapa yang menguasai caranya, dialah akan mengecapi kejayaan.

-Napoleon Hiller

Tiada runtuh dlm dunia ini. Anda perlu berkorban seketika untuk mengecapi impian. Jika dibandingkan nilai perngorbanan dengan nilai hasil yang bakal dinikmati, pengorbanan anda tidaklah sebesar mana.

“the philosophy of success is simple; he who master the key will open the door to success”

-Napoleon Hiller

There is no such thing as a free lunch. We have to scarified on thing temporarily in order to get something else that we want. If we were to compare the value of our sacrifice and the value of the fruit gained, or sacrifice will be of less significance

Sedutan daripada buku “Hati yang ikhlas” Oleh Gan Ah Seng, terbitan Yayasan CNI, 2006

Kenali Water Life CNI


Sebelum disalurkan ke setiap rumah, semua sumber air akan dirawat secara rapi dan teliti. Malangnya, pencemaran alam sekitar yang semakin serius menyebabkan sumber air semakin tercemar. Penggunaan klorin secara berleluasa untuk menghapuskan bau busuk nitrogen juga boleh mencetuskan penghasilan haloform, sejenis karsinogen. Namun jika gas ammonia tidak dihapuskan, pengoksidaan akan berlaku dan nitrit yang terhasil pula adalah pencetus utama barah perut. Menurut laporan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), 80% penyakit hari ini berpunca daripada air minuman yang tidak bersih dan pengambilan air yang tidak bermutu untuk satu jangka masa yang lama.

Badan kita secara puratanya terdiri daripada 70% air. Ia memainkan peranan penting di dalam kebanyakan fungsi badan seperti mengangkut nutrien dan menyingkirkan sisa kimia daripada badan. Ia juga diperlukan untuk fungsi penghadaman, penyerapan, peredaran dan perembesan serta memanfaatkan vitamin larut air. Air juga adalah faktor utama pengekalan suhu badan normal.

Air perlu diganti secara berterusan kerana kita kehilangan 250ml air setiap hari melalui proses pernafasan. Pakar pemakanan tidak dapat menetapkan jumlah air yang perlu diambil setiap hari kerana kuantitinya berbeza mengikut individu, cuaca dan aktiviti yang dilaksanakan. Keperluan air akan meningkat sekiranya kita menjalankan aktiviti lebih satu jam di tengah panas ataupun kurang sejam dalam cuaca sejuk. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas besar air (2 liter) setiap hari dapat memastikan kestabilan tahap air di dalam badan kita bagi mengekalkan kesihatan yang baik.

Kita mungkin dapat bertahan tanpa makanan selama beberapa minggu, tetapi tanpa air, kita hanya boleh hidup kurang seminggu. Air kosong adalah jenis yang terbaik diminum. Namun minuman lain seperti jus buah-buahan dan susu juga adalah sumber air yang baik. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar juga merupakan sumber air yang sesuai. Minuman beralkohol, walaupun boleh mengurangkan haus, mengandungi unsur diuretik yang mengakibatkan badan kehilangan air.